::HARI INI & MASA DEPAN::

::HARI INI & MASA DEPAN::

Thursday, January 13, 2011

Kisah Semalam


Semalam saya tergerak hati nak google nama saya sendiri. Tak berminat pulak nak tengok kat web. Jadi saya pun click kat images. Tekejut.Page pertama ada empat gambar saya. Dua icon kecil, satu gmbr jaket oren masa pergi tournament .Satu lagi gambar resume. Gambar resume. Terasa nak tahu mana source gambar ni. Owh,saya ada komen kat blog orang rupanya. Saya pun baca balik komen-komen saya dan delete. Sebab saya rasa orang tak suka style komen saya. Saya pun jadi tak suka. Gambar tournament tu, saya komen kat blog salah satu kumpulan nasyid top di Malaysia ni. Sebab kat blog diorang ada gambar kami!SAUJANI!Saya suka, jadi saya tak delete.Dua gambar lagi sourcenya dari blog saya sendiri.Satu gambar dulu,saya gambar sekarang.Taknak tukar gambar dahlah. Nanti makin banyak muka ni kt google images. Saya tak suka.

Berbalik kepada pendeletan komen-komen yang pernah saya buat dulu. Komen saya berbaur ceria dan tak sesuai dengan situasi. Saya pernah melenting sekejap dengan anonymous sebelum ni. Tapi saya faham kenapa dia macam tu. Orang tengah serius kau pergi buat lawak buat apa? Orang tak suka tau tak?! Baik. Tak nak buat dah. Simpan ceria untuk orang-orang yang boleh terima je. Payah jugak kalau treat semua sama ni. Tapi, tu sifat saya. I treat people the same. Membesar dan berada dalam kalangan orang-orang ceria buat saya tambah-tambah ceria. Hey housemates & friends, saya tuju ni untuk korang ye!Mak saya pun.Selalu buat lawak dengan mak bila mak buat muka serius.Abe,no-no.Abe platform gaduh.Tapi Abe sokmo bawak balik lawak-lawak bagus untuk digelakkan.Bak?Err,kecik-kecik dulu kemain manja dengan bak.Dah besar takut pulak. -_-

Kisah 'treat people the same'
Si ayam duduk dalam kelompok hidupan yang ceria. Main cubit-cubit pipi sesame sendiri dah menjadi rutin hariannya. Pada suatu hari, si ayam berkenalan dengan seekor itik. Itik itu pandai berkata-kata nasihat dan si ayam sangat suka berkawan dengan si itik.  Baru beberapa hari kenal, si ayam pun berlagak macam dah kawan lama dengan itik. Pipi si itik dicubit seperti yang selalu dilakukan dalam kelompoknya. Kononnya untuk menampakkan keakraban.Si itik tak suka pipinya dicubit. Si itik menegur si ayam kerana mencubit pipinya. Si ayam berasa kecil hati.[Dan-dan kau kecil hati.Padan muka,memang salah kau!]


Kisah 'been treated differently'
Pernah terjadi di negeri lain, kelompok ayam dan itik hidup rukun dan damai. Si ayam di atas, dahulunya pernah diangkat dan dimotivasikan bersama golongan itik untuk menjadi lebih baik. Alhamdulillah.Maka jadilah si ayam ini separa ayam,separa itik. Balik dari program motivasi, si ayam masih bersama kelompoknya. Dan dalam kelompoknya ada ayam-ayam yang tak dipanggil untuk dimotivasi dan ada ayam-ayam yang dah memang 100% itik. Tapi mereka masih bersama-sama!Mereka bersatu! Suatu hari, kelompok ‘mixed’ ini menyertai treasure hunt. Hari itu hari berpuasa. Selesai treasure hunt tersebut, semua peserta berbuka di masjid. Maka 2 buah kereta dari kelompok mixed tadi masok bersama-sama mengambil satu dulang makanan untuk santapan berbuka.
Ngam-ngam share satu dulang. Bila dah duduk, ambil gambar kenangan, tiba-tiba ada tangan-tangan melambai-lambai memanggil si separa ayam dan itik dan 100% itik dari kelompok mixed tadi.Bangunlah beberapa 100% itik ke kumpulan yang melambai-lambai tadi. Ayam-ayam lain terpinga-pinga. Begitu juga dengan si separa ayam dan itik. Ayam-ayam lain berubah wajah. Ramai yang diam membatu. Yang penting,mereka kecil hati. [Kecil hati lagi?Perempuan kot.Hati kami bukan batu ok!] Si separa ayam dan itik cuba mengcover kehilangan ayam yang dah 100% itik itu. Cukup dengan memberi senyuman manis, tak berganjak dari dulang. Cover-cover pun, balik bilik berair mata dengan ayam-ayam lain. Persoalan 'kenapa mereka sahaja yang ditegur dan dipanggil' timbul.Padalah satu course,satu batch!'Nampak sangat!' Masa ni identiti si separa ayam itik masih tersorok.kemas.

Hanya sekadar bercerita. Cerita lama yang pernah dilalui. Sangat banyak dilalui. Sampai orang cari-cari kat bilik,terpaksa study kat library,tapi been caught jugak. Pernah pergi satu kem,mak telefon,tapi telefon takda dengan saya. Orang tu cakap ‘mak cik tak perlu tahu’ kat mak saya. Ditanya pasal syariah dan QS lah!Bila kata tak tahu, kata saya produk XXXX yang gagal lah.Orang sempat belajar arab komunikasi je!Tension betul masa tu. Buat-buat tahu kang kata buat fatwa sendiri pulak!Lepas tu ada kawan lelaki mesej. Jadi isu budak tu ‘pakwe’ saya pulak. Menangis-nangis saya menafikan. Kem berderai air mata jadinya. Borang kena koyak-koyak lepastu malam last selotape(betol ke eja camni?) baliklah.Adoi-adoi.

Pahit manis kehidupan.Redha.Allah tentukan saya jalani semua ni. Ini pengalaman berharga sebenarnya. Alhamdulillah ‘ala kulli hal.Malam ni mengisi masa mengimbau kisah semalam. Nak sambung baca Armagedon 2012,malas pulak nak bukak lampu. Petang tadi dah tertidur sambil baca. Malamni mata buat hal tak nak lelap.Kena paksa juga kejap lagi kalau tak nak jadi zombie esok!

p/s:Tak lama kot post ni.Sampai masa saya delete.Just nak lepaskan perasaan.Anyway, ini blog saya.


No comments:

Post a Comment