::HARI INI & MASA DEPAN::

::HARI INI & MASA DEPAN::

Saturday, April 2, 2011

So far in Kemaman[part 3]

Selamat pagi.

Entri ni entri rilex je.Sila baca dengan rilexnye.

Hari ni pagi-pagi lagi da suap minyak 20ringgit. Berjaya mengukur jalan ke Kijal, stesen minyak terdekat dengan rumah. Jauh jugak rupenye. Balik isi minyak,intai kedai runcit kat bawah ni. Tak bukak lagi. Teruskan perjalanan ke kedai runcit seterusnye, dekat dengan masjid. Sebbaik kedai tu bukak. Maka, dibelilah telur seringgit dan sayur-sayur yang tak luput dek cuaca. Maklumlah, takde peti ais kan. Maka sayur tersebut adalah kobis dan carrot aje. Hajat di hati nak buat sup sayur yang simple. Dibelilah juga kiub ayam sebagai penambah rasa.

Sampai di bilik terus kol mak. Macam biasa, report duty. Mencegah kebimbangan mereka. Lebih baik saya kol dulu dari mereka yang kol. Betul tak? ^_^ Selepas emak di kol, rasa tak tahu nak buat ape dah. Justeru itu, perut memberi galakan supaya terus masak. Lapar bebenor rasenye. Macam tak aci pulak kete makan dulu. Humph~

Dan bermain masak-masaklah di dapur tadi. Kletung kletang bunyi pinggan jatuh atas lantai. Sebbaik pinggan plastik. Bising yang amat, mengalahkan kedai makan kt bawah ni. Haha. Korang tak bukak kedai lagi, saya dah masak dah kat atas ni. Tercabar tak?? =P Usai masak sup sayur ala-ala pemalas, tanak nasik. Lepas tu goreng telur. kol 10.25 dah siap. Tunggu nasik masak, pastu terus ngap. Alhamdulillah. Hepi rasa perut penuh.

Next agenda is, lepas zohor karang kene amik kawan kat centre point a.k.a The Store Kemaman. Uwaa..takutnye nak drive sorang. Mai keje,qilah xtau sampai kol bape. Huu. Tawakkaltu alallah. I'allah takde pape. Amin ya rabb~ Sekarang mari berehat-rehat sambil bace Armagedon 2012~ Wassalam.

Friday, April 1, 2011

So far in Kemaman[part 2]

Semalam (31/3/2011) genap sebulan ber'bilik' sewa di Kemaman seorang diri. Tahniah pada diri sendiri kerana berani duduk sorang-sorang. Alhamdulillah, Allah permudahkan kehidupan di sini. Berjumpa dan berkawan dengan orang yang baik-baik macam Aqilah dan Mai. Syukur. Mereka banyak membantu. Terima kasih Qilah dan Mai. :)

Orang sekeliling
Pakcik-pakcik yang lepak kedai bawah selalu melahirkan rasa kagum mereka sejak tahu saya duduk seorang kat atas ni. 'Beghaninye awok..',komen seorang pakcik.Sabar pakcik, nanti saya pindah ye. Don't worry, saya masuk rumah Qilah nanti Mai kawin. Kak Mah tuan sewa bilik ni pun ada offer rumah baru kat saya. Dekat dengan rumah dia. Akan di pertimbangkan. Nak discuss dengan Qilah, ajak dia masuk rumah baru tu sekali.

Operation Centre
Keadaan di pejabat agak welcoming. Semua orang kat ofis pun baik-baik. Alhamdulillah. Farihah, Anis, Echah antara nama-nama baru selain dari Aqilah dan Mai yang baru masuk dalam kamus hidup saya di Kemaman. Semua pun baik-baik dan sangat membantu. Ada juga geng di ofis. Tapi seminggu ni,hidup di ofis agak sunyi. Saya kena pindah ke Operation Centre(OC), bangunan ofis dalam plant. Rindu nak gelak-gelak dalam ofis dengan Qilah kt HR meeting room. Walaupun tu bukan ofis, dan terpaksa bawak laptop sendiri buat kerja, di sana lebih ceria. Di OC, environmentnya agak serius. Memang kerja kena serius pun. So,have to work seriously. Saya nampak semua orang put very high expectation on me. Baik! Saya akan kerja sehabis baik. Saya janji. Kata-kata Site Director masa meeting semalam sangat membakar(in positive way). I'll give the best I could. 

Orang London
'Awak orang London ke?'tanya seorang staff senior di pejabat. 
 Sinis. Saya memang cakap luar dengan orang yang saya tak pasti background dia.Jangan pelik kalau saya boleh cakap luar fluently, sebab saya memang cakap luar kt rumah dengan ayah saya.

'Memang asa ggannu eh?'kata Mok Zah,cleaner di OC. 
Bila seseorang mula bercakap dulu, saya jenis yang akan terikot cara orang tu bercakap.Katanya saya boleh bertutur bahasa Terengganu dengan baik. Menurutnya juga, kalau orang Kelantan, macam-macam mana pun akan ada bau-bau budu dia jugak kalau cuba bercakap slang lain. Mungkin saya boleh cakkak ggannu dengan baik sebab dulu dah pernah praktikal dekat Terengganu ni kot. Masa farewell mantan manager department pun ada sorang staff tak percaya saya ni orang Kelantan sebab memang cakkak gannu kaw-kaw. Hee..mudah terpengaruh saya ni..katanya.

Single
Isu biasa di mana-mana. 
'Awok ni cik ke puang?Bakpe ado oghang kate awok puang?'
Huh.Rasa nak libas-libas je sapa yang jatuhkan saham saya ni.Haha.Tak kisahlah.Saya datang nak kerja, bukan nak cari laki. 
'Tapi sinni, memang biase akan jupe jodoh dalang ni je..'
Err. Agak menakutkan.Yang tu kita serah ke Allah je.

Masa meeting semalam, 'U kenal tak XXXXXX ni?Ala, yang hensem-hensem tu..' kata mereka.
Kata saya, 'Semua hensem.'
'Dia kata semua hensemla sebab dia single lagi..'kate bos.
Hahak. TQ bos sebab highlight saya single kat meeting. =P (gedik ngat mu leni mizah!!)

Saturday, March 5, 2011

So far in Kemaman

Alone. Sewa bilik atas kedai makan. Ada 4 bilik, 3 lagi kosong.Cepat-cepatla orang lain masuk.

1st weekend kat sini. Nothing interesting to do. How I miss main sorok-sorok dengan Aiman pada hari Sabtu. 'Ichah, nok..nok..nok nusyukkk..nok nusyuk ichah..'.Huhu..miss2!Bila boleh balik Kelantan ni.Menanti next public holiday~ 1st May ke?lambat lagi. T_T

Acik tuan rumah tak datang lagi betulkan lampu dan pam tandas yang rosak. So, malas nak bersih toilet tu lagi.Nanti kotor balik. Shower and dapur dah settle. Banyak betul jumpa puntung rokok. Dalam sink pun ada. Apela.Hopefully, kalau ada orang lain masuk nanti, orang tu pandai jaga kebersihan. Amin~ Kalau tak saya rela duk sorang-sorang macam ni.

Till later.