::HARI INI & MASA DEPAN::

::HARI INI & MASA DEPAN::

Friday, April 1, 2011

So far in Kemaman[part 2]

Semalam (31/3/2011) genap sebulan ber'bilik' sewa di Kemaman seorang diri. Tahniah pada diri sendiri kerana berani duduk sorang-sorang. Alhamdulillah, Allah permudahkan kehidupan di sini. Berjumpa dan berkawan dengan orang yang baik-baik macam Aqilah dan Mai. Syukur. Mereka banyak membantu. Terima kasih Qilah dan Mai. :)

Orang sekeliling
Pakcik-pakcik yang lepak kedai bawah selalu melahirkan rasa kagum mereka sejak tahu saya duduk seorang kat atas ni. 'Beghaninye awok..',komen seorang pakcik.Sabar pakcik, nanti saya pindah ye. Don't worry, saya masuk rumah Qilah nanti Mai kawin. Kak Mah tuan sewa bilik ni pun ada offer rumah baru kat saya. Dekat dengan rumah dia. Akan di pertimbangkan. Nak discuss dengan Qilah, ajak dia masuk rumah baru tu sekali.

Operation Centre
Keadaan di pejabat agak welcoming. Semua orang kat ofis pun baik-baik. Alhamdulillah. Farihah, Anis, Echah antara nama-nama baru selain dari Aqilah dan Mai yang baru masuk dalam kamus hidup saya di Kemaman. Semua pun baik-baik dan sangat membantu. Ada juga geng di ofis. Tapi seminggu ni,hidup di ofis agak sunyi. Saya kena pindah ke Operation Centre(OC), bangunan ofis dalam plant. Rindu nak gelak-gelak dalam ofis dengan Qilah kt HR meeting room. Walaupun tu bukan ofis, dan terpaksa bawak laptop sendiri buat kerja, di sana lebih ceria. Di OC, environmentnya agak serius. Memang kerja kena serius pun. So,have to work seriously. Saya nampak semua orang put very high expectation on me. Baik! Saya akan kerja sehabis baik. Saya janji. Kata-kata Site Director masa meeting semalam sangat membakar(in positive way). I'll give the best I could. 

Orang London
'Awak orang London ke?'tanya seorang staff senior di pejabat. 
 Sinis. Saya memang cakap luar dengan orang yang saya tak pasti background dia.Jangan pelik kalau saya boleh cakap luar fluently, sebab saya memang cakap luar kt rumah dengan ayah saya.

'Memang asa ggannu eh?'kata Mok Zah,cleaner di OC. 
Bila seseorang mula bercakap dulu, saya jenis yang akan terikot cara orang tu bercakap.Katanya saya boleh bertutur bahasa Terengganu dengan baik. Menurutnya juga, kalau orang Kelantan, macam-macam mana pun akan ada bau-bau budu dia jugak kalau cuba bercakap slang lain. Mungkin saya boleh cakkak ggannu dengan baik sebab dulu dah pernah praktikal dekat Terengganu ni kot. Masa farewell mantan manager department pun ada sorang staff tak percaya saya ni orang Kelantan sebab memang cakkak gannu kaw-kaw. Hee..mudah terpengaruh saya ni..katanya.

Single
Isu biasa di mana-mana. 
'Awok ni cik ke puang?Bakpe ado oghang kate awok puang?'
Huh.Rasa nak libas-libas je sapa yang jatuhkan saham saya ni.Haha.Tak kisahlah.Saya datang nak kerja, bukan nak cari laki. 
'Tapi sinni, memang biase akan jupe jodoh dalang ni je..'
Err. Agak menakutkan.Yang tu kita serah ke Allah je.

Masa meeting semalam, 'U kenal tak XXXXXX ni?Ala, yang hensem-hensem tu..' kata mereka.
Kata saya, 'Semua hensem.'
'Dia kata semua hensemla sebab dia single lagi..'kate bos.
Hahak. TQ bos sebab highlight saya single kat meeting. =P (gedik ngat mu leni mizah!!)

No comments:

Post a Comment