::HARI INI & MASA DEPAN::

::HARI INI & MASA DEPAN::

Sunday, February 6, 2011

Terpotong jari & ajar mengaji

Pukul 6 ptg. Ke dapur mengambil pisau dan berlalu ke rumah Mama Nor(sebelah je pun). Ada acara mengupas kulit bebawang. Pakcik sebelah umah Mama Nor nak buat kenduri esok. Tengah syok kupas-kupas bawang sambil borak kisah student-student kat mesir termasuk kisah universiti Zagazig yang tak bercadang pospon exam, terpotong jari pulak. Takdelah terpotong betul, terhiris sikit je. Tapi, omputih kata cut,so potongla kan? Uwaa! Terjerit kecil. 

Makcik-makcik masih rancak berborak. Jari telunjuk di rehat sebentar, maka jari hantu mengambil alih sebagai base potong punat bawang tu. Keanehan caraku mengupas kulit bawang berjaya menarik perhatian mak,Mama Nor dan yang lain-lain. 'Pergi basuhla dulu.''Takpe,sikit je.'Kerja pengupasan diteruskan. Tapi,lama-lama pedih jugakla. Minta diri balik jap,basuh-basuh dan pakai plaster.

Sekembalinya ke tempat kejadian, makcik Nab bercerita tentang kesibukan anaknya dengan kelas tambahan sampai tak sempat ke kelas mengaji di waktu petang. 'Mari ngaji nga kak Mizahlah Atie.''Ho..jolo jugok,mugo kak Mizah bbalik 2,3 kali doh,'tambah Papa Li.'Maila,lepas maghrib,'kataku sambil jari masih ligat mengupas bawang.Lepas magrib,setelkan pengajian sendiri,pastu tunggu Atie datang. Tak datang pun. Kuar makan-makan tengok berita jap.

'Assalamualaikum.'Salam Atie dijawab bak. Saya bergegas buka pintu.'Hee..datang pun. Ingat tak datang dah.' Maka, jadilah saya seorang tukang ajar baca Quran malam ni. Esok Atie datang lagi ke tak?Kena remind suh datang lagi kot. 1st time ajar orang mengaji. Bolela. Kuar-kuar tanye bak. Camtu ke ajar?Hehe..bak kata, 'Adik kena baca dulu,bagi dia ikuti.' 'A-ah,adik da baca.Atie ikut.' Mak pulak kata,' Tak suruh Atie ulang balik semua?' 'Tak. Esokla kalau dia datang lagi.Suh ulang yang harini, baru ajar muka surat lain.'

Esok,kena get ready next page. Saya kena study dulu. Tadi macam banyak berenti ikut suka hati je. Nak bagi panjang-panjang takut Atie tak dan ikut plak. ^_^ Saya rujuk tentang nak wakaf-wakaf kat sini:

http://ciknacakes.blogspot.com/2010/06/wakaf-dalam-bacaan-alquran.html

Kat sini kata,kalau untuk tujuan pembelajaran, takpe berenti sekerat-sekerat. So, overall, saya rasa macam tadi ok. Harap Atie datang lagi esok~

No comments:

Post a Comment