::HARI INI & MASA DEPAN::

::HARI INI & MASA DEPAN::

Friday, February 25, 2011

Saya wanita api??Hoo..takut2!


Wanita api adalah wanita yang dilahirkan di bawah lambang:
  • Aries(21 Mac-20 April)
  • Leo(24 Julai-23 Ogos)
  • Sagittarius(23 November-21 Disember)
Api itu sifatnya panas dan membakar.Patutlah saya dapati saya seorang yang sedikit pongoh(baca:mudah marah). Pongoh tu bahasa kelantan. :D Tapi saya baik hati jugak ok! Sejak saya sedar saya ini pongoh, especially dalam hal-hal berkaitan dengan pergaduhan dengan abe(abang kandung ye!), saya belajar mengawal kepongohan saya dan cuba bersabar dengan karenahnya. Saya rasa, kepongohan saya adalah disebabkan kenakalan abang saya masa saya kecik.(Dan-dan salahkan orang).Sokmo kena main. Kalau nak masuk dapur, mesti dia menyorok pastu buat saya tekejut-tekejut. Hish, tak suka! Tapi sekarang abe tak nakal dah. Yola, kalau besar-besar ni wat tekejut-tekejut kat saya lagi memang makan penyepak freela. Adik da belajar silat ok!(Oppss!Riak pula.)

Dari artikel yang saya jumpa, wanita api ni:
  • Dilahirkan sebagai pemimpin
  • Mempunyai kekuatan diri dan biasanya enggan menerima pendapat orang lain walaupun ianya benar.
  • Seorang yang artistik dan sukar dijangka, tetapi biasanya romantis dan tidak pemalu.
  • Mempunyai personaliti suka menguasai dan mendominasi tetapi boleh mengimbangi sifat-sifat ini dengan sikap yang pemurah, mesra dan menunjukkan sifat yang mendalam terhadap sesuatu yang disukainya.
  • Suka berterus terang dan tidak berselindung menyebabkan orang yang dikasihi mersa sedih dan terhiris.
  • Jujur dan mahu hubungan peribadi berjalan dengan lancar.
  • Wanita api harus diberikan ruang yang cukup luas untuk menjadikan perhubungan itu terus berkesan.
  • Tidak keberatan untuk beralih arah jika berasa tertekan.
Macam banyak yang negative je wanita api ni. Tapi ni tak taula sipolan mana yang buat kajian. Kadang-kadang benda camni boleh psiko pemikiran kita. Ada baik ada buruk dia. Contohnya, orang yang macam lemah-lemah semangat sikit tu kan, kalau dia tau dia tergolong dalam wanita api ni mungkinla dia akan bersemangat sikit sebab dia rasa dia ada value kepimpinan tu. Ye tak? Tapi kalau orang salah psiko diri, nanti kerja dia nak memimpin je.Semua benda dia nak jadi ketua! Tak boleh jadi follower langsung. Payah gak tu. Pikirla sendiri ye! Nak tau untuk zodiak-zodiak lain? Rujuk sini.Wallahualam.

No comments:

Post a Comment