::HARI INI & MASA DEPAN::

::HARI INI & MASA DEPAN::

Sunday, February 20, 2011

Meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya

Dulu saya pernah selalu menggunakan ungkapan ini.

MELETAKKAN SESUATU BUKAN PADA TEMPATNYA.

Saya pun dah lupa kat mana saya mula kenal dengan ungkapan ini. Aih!Kenapala ada penyakit lupa ni.Kalau ingat kan bagus, sedap sikit nak cerita kan. ^_^ Tapi dah lumrah manusia itu pelupa.

Tapi ada satu kisah saya ingat. Kisah di mana saya sangat menekankan penggunaan perkataan ni. Al-kisahnya, seorang lelaki bertanya kepada saya tentang solat jama'. Saya menjawab mengikut yang telah di ajar di sekolah dulu. Kemudian si penanya berkata, 'Terima kasih ustazah'. Haha. Ni kalau anonymous baca mau dia gelak sakan ni. Ada kah patut orang macam saya ni dipanggil ustazah. Soryla anonymous, kamu da jadi orang penting dalam hidup saya sekarang. Setiap benda saya nak buat, saya akan fikir, 'apa anonymous akan cakap ek?'. Memang bagi impak besar dalam setiap perlakuan dan perkataan saya. Terima kasih kerana wujud. ^_^

Pakai tudung tak semestinya ustazah.Ustazah semestinya pakai tudung. Betul tak? ^_^

Eh, mari berbalik kepada cerita. Ha. Bila si penanya memberi respon sebegitu rupa, saya pun berkatalah kepadanya, 'Jangan panggil aku ustazah.Tak layak'. Tapi si penanya tetap dengan pemanggilan ustazahnya. Maka, terkeluarlah ungkapan 'Jangan letakkan sesuatu bukan pada tempatnya'. Ntah dari mana datang,tiba-tiba masa tu terpacul ayat ni dari jari yang menaip. Oh ye, soalan itu diajukan kat yahoo messenger. Tercengang jap si penanya, tak faham mungkin. Saya pun menjelaskan tentang dia yang cuba mensama tarafkan saya dengan ustazah. Saya tidak layak untuk gelaran itu. Jauh ayam dari panggang.

Tapi tetap jugak dia panggil ustazah dalam adegan-adegan selepas tu. Huhu. Mana ada ustazah pakai jeans. Tolonglah~Rasa macam diperli pun ada. Kenapa saya buat entri ni? Sebab tadi terbaca komen-komen kat wall home facebook. Adalah terselit perkataan ustaz sana-sini. Tapi mereka tu memang layak dipanggil ustaz pun. Tiba-tiba teringat saya pernah dipanggil ustazah. ^_^ TAK LAYAK SANGAT! Macam-macam sebenarnya gelaran tak diiktiraf kat universiti dulu. Ada sorang sampai sekarang panggil sifu. Tu pun sebab dia tiru assignment saya masa foundation. SEKALI tu ja pun dia tiru. Hadoi~MACAM-MACAM ADA! Anyhow benda-benda ni made me remember something 'sweet' during my university life. If not, semua benda saya boleh lupa!

Haiyaakk!!Meh sini sifu nak juring berkali-kali!!

p/s: rasa macam saya sampai sekarang je salah tafsir maksud meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya. Sempat gugel tadi. Maksud die KEJAM. KEJAM ke if seseorang regards me as ustazah?Macam tak kena ja. Anonymous, any comment? (Now I know that I need anonymous in my life. :D)

No comments:

Post a Comment