::HARI INI & MASA DEPAN::

::HARI INI & MASA DEPAN::

Monday, January 10, 2011

Bila saya mula bertudung?



Tadika. Sebab saya tadika kat Tadika Islam Perintis Bakti. Masa ni saya tak tahu apa itu tudung dan kenapa saya perlu pakai tudung. Anggap tudung sebagai uniform macam jubah tadika. Jubah pulak, macam hari-hari mak saya kena jahit sebab saya suka lari-lari bila balik. Pakai jubah dan berlari adalah sangat tidak seiring. =_=

Saya lumba lari dengan abang balik rumah!
Masuk darjah satu, free-hair. Hehe. Tak tahula kenapa. Saya pun tak reti apa-apa masa tu. Tapi, start darjah dua saya pun pakai tudung. KE SEKOLAH  SAHAJA. Lain-lain waktu, tak pakai. Yang anehnya, masa darjah 6, untuk kelas malam/kelas tambahan, saya pakai tudung. Tapi bila saya pergi tuisyen, free-hair balik. Sangat aneh. 

Nak dijadikan cerita, petangnya saya tertinggal pencil-box di kelas tuisyen. Malam pulak, kelas bertindih. Ada kelas malam kat skolah, ada kelas malam kat tempat tuisyen. Tapi sekolah diutamakan. Jadi, pergilah saya ke kelas tuisyen untuk mengambil pencil-box dengan bertudung. Kawan-kawan pun melihat dengan aneh. Padan muka saya yang hipokrit!

Harap-harap saya tak jumpa dah kawan-kawan lelaki time tuisyen dulu. Kalau jumpa pun, mintak-mintak diorang tak cam saya. 

Malulah!

No comments:

Post a Comment