::HARI INI & MASA DEPAN::

::HARI INI & MASA DEPAN::

Thursday, November 4, 2010

::Fall in L.O.V.E::

Anda pernah JATUH CINTA PADA SESEBUAH LAGU/LIRIKNYE?
saya pernah..pernah dan PERNAH!

Kalau saya suka satu-satu lagu itu,setiap kali saya dengar,kalau dalam nada perlahan saya akan kuatkan..lepastu kalau saya boleh control corong yang memainkan lagu tersebut, maksudnya kalau dari playlist handphone saya atau laptop saya,saya akan ulang-ulang sampai saya puas hati.kalau dari radio pula, saya akan cek playlist saya,saya dah ada belum lagu tersebut.Itu kalau saya tahu tajuknya.Kalau saya tak tahu tajuknya, saya akan cuba hafal beberapa line menarik yang kemudiannya akan saya search di internet.Semangat kn? =)

Bila saya dah ada sendiri lagu tersebut dalam playlist saya, saya akan cari lirik fullnya dan play lagu tersebut berulang kali sampaila saya hafal liriknya di mulut.Agak semangat kn?Mungkin menyanyi adalah hobi separa sedar saya. ^_^

Genre musik yg sy dengar?sebenarnya, saya adalah peminat NASYID!port mencari lagu-lagu nasyid baru adalah IKIM.FM.hehe..boleh dikatakan 97% dari pendengaran lagu saya tertumpu kepada nasyid.Jarang sangat saya dengar lagu-lagu melayu biasa,apetah lagi lagu orang putih.Tapi adela timenya yang saya bermood nak dengar lagu orang putih.

Kenapa saya suka nasyid?sebab saya tahu saya selalu leka dan alpa.Bila saya dengar nasyid, sedikit sebanyak terubat jiwa saya. Selain memberi peringatan dan nasihat, lagu-lagu nasyid sebenarnya banyak mendekatkan jiwa kepada Allah.Rasa tenang sahaja.Sapa yang tak setuju tu pasti ada masalah kat mana-mana organ.Hee..Cakap pasal organ,semalam dengar ikim sebelum tido.Ade segmen Islam Itu Indah.Panelnya seorang doktor mata.Doktor tu share info pasal mata yang sangat banyak.Sudahla cakapnya lemah lembut, islamik lagi,rase tenang saja!Dan of cos,rase rugi tak amik medic! T_T banyak pahala doktor sebenarnya,kalau kerja dgn hati ikhlas.Bukan rawat penyakit saja,tapi rawat juga hati pesakit katanya. Thumbs up!

Sharing beliau yang menarik hati saya antaraya adalah:
1.Setiap pergerakan kita,niatkan lillahi ta'ala.
2.Mata yang takkan dibakar api neraka adalah mata yang menagis kerana takutkan Allah!
3.Setiap kali celik dari tidur,kita hanya ada dua pilihan utk hidup hari ini.Hidup untuk ke syurga atau ke neraka.
4.Jangan kejar pencen dunia,kejar pencen akhirat.
5.Kalau mata kita rosak sebelah,bersyukurlah dengan mata sebelah lagi yang dapat melihat.Jangan merungut kerana sebelah mata yang tidak dapat melihat itu.BERSYUKUR!

Terima kasih DOKTOR!U make my eyes open wider!

No comments:

Post a Comment