Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua!
Saya akan cuba menggunakan bahasa kebangsaan sepenuhnya dalam entri ini.Entri?Bahasa kebangsaankah ia?Sudah lama saya tidak mengemaskini kamus bahasa melayu saya.Memandangkan tiada perkataan lain yang saya rasa sesuai, kita kekalkan sahaja perkataan entri terbabit(opss..ini ayat komik ujang!).
Disebabkan beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan, saya tidak dapat mengemaskini laman ini. Faktor yang paling utama adalah MALAS.MALAS ini,beliau datang dan pergi sesuka hati beliau sahaja.Bila MALAS pergi, RAJIN datang, masalah lain pun turut menyibuk nak datang. Antara yang paling menyakitkan hati adalah jaringan jalur lebar yang tidak berapa elok. Sejak pulang dari konvokesyen, makin menjadi-jadi pula. Tidak sampai lima saat saya melayari jaringandalaman,tiba-tiba sahaja keluar amaran.Perlu disambung semula dan semuanya berulang menyebabkan saya berasa sangat penat untuk menekan tetikus. Apabila perkara sebegini berlaku, sukarlah bagi saya untuk membuka dan mengemaskini laman ini. Sudahla RAJIN itu jarang-jarang sekali datangnya.Sekarang pula musim hujan.Bila hujan,paham-paham sajalah bagaimana keadaan jaringan maya ini.Keadaan empunya badan pun tidak kuranglah.Lemah,sejuk dan rasa ingin berselimut sahaja. Syukurlah hari ini hujan sudah reda sedikit.Dapatlah pakaian kotor berbasuh dan berjemur.
Semalam saya tido agak lewat. Sekitar jam 4.30 pagi. Tidak sedar masa berlalu. Dari lepas isyak, mengadap komputer mencari perkara-perkara menarik yang boleh menghilangkan bosan. Tahap kesabaran agak tinggi juga semalam, melayan karenah jalurlebar yang tidak berapa lebar ini. Sempat juga saya membuat 'ujian IQ pantas'. Saya jawab beberapa soalan dengan pantas.Keputusannya amat mengecewakan. Saya dapat 'You are a fool'.Oh, tidak!Lame sangat tinggalkan dunia pelajar sampai bodoh jadinya. Saya juga ada terjumpa teka-teki mengarut tapi bijak. Mari saya berkongsi sedikit:
"Kenapa ayam melintas jalan?""Kerana ayam ingin ke seberang jalan."
"Ayam dulu atau telur dulu?""Dinasor bertelur sebelum ayam wujud dimuka bumi."
"Kemalangan berlaku di sempadan Malaysia dan Thailand.Di negara manakah mangsa yang terselamat akan dikebumikan?""Yang terselamat tidak perlu dikebumikan."
Teka-teki diatas direka oleh orang-orang Inggeris. Saya menterjemah dan melakukan sedikit transformasi untuk memudahkan bangsa Malaysia memahaminya.Banyak lagi yang soalannya tidak masok akal tetapi kreatif dan inovatif sebenarnya. Sekurang-kurangnya,dapatlah membuka minda yang telah sedikit terkurung akhir-akhir ini. Sampai IQ pun merudum jatuh. Malam ini berhajat mahu membuat latihan matematik bagi menajamkan kembali IQ.Pedang kalau tidak diasah lama pun akan tumpul,inikan pula otak saya yang memang tidak bermata tajam. =)
Hari ini 2 November, hari lahir kawan saya di UTP, Tengku Faridah Tengku Omar. Semoga beliau dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki oleh Allah s.w.t.Amin~ Seterusnya 11 November adalah hari lahir rakan sebilik saya, Siti Sarah Md. Yunus. Semoga beliau juga dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur oleh Allah s.w.t. Amin ya rabb~
Sekian sahaja pengemaskinian kali ini. Wassalam.


No comments:
Post a Comment