::HARI INI & MASA DEPAN::

::HARI INI & MASA DEPAN::

Tuesday, January 4, 2011

::Menyikat dengan sikat yang patah::

Pelik kan tajuk entri ni.

Menyikat dengan sikat yang patah.

Saya baru tahu bahawasanya menyikat rambut dengan sikat yang patah adalah antara perkara yang membawa kepapaan.Sila rujuk link ini: http://zulikhwanzahari.blogspot.com/2010/12/antara-sebab-penghalang-rezeki.html

Semalam saya baca.Pagi tadi semasa sikat rambut,terdetik di hati.Patahkah sikat saya?
Bergegas mencari mak.'Mak,sikat orang ni tergolong dalam golongan patah ke?,'Tak tahulah,'jawab mak.'Macam rongak je.'

Ini sikat kesayangan saya.

Jelas sekali.Sikat saya memang rongak.Tiga dari giginya dah patah.Jadi,sikat saya tergolong dalam golongan sikat yang patah ke?Atau maksudnya patah dua?

Buat masa sekarang saya masih guna sikat ni.Nanti kalau ada masa nak beli sikat barula.Tapi sikat ni akan disimpan elok-elok.Sayang.

Sikat ni ayah bagi masa masok sekolah naim dulu.taun 2000.Sampai sekarang, ini sajalah satu-satunya sikat saya.Pernah hilang beberapa kali masa di UTP.Tiap kali hilang mesti jumpa balik esok atau luse.Salah letak sebenarnya. =D

Pelik kan perempuan guna sikat macam lelaki.Tak kisahla.Yang penting boleh sikat rambut.Lagipun ni pemberian bak.Tak macam sikat orang pempuan yang besar tu.Susah nak bawak bermusafir.Makan ruang banyak.Sikat ni bagus,selit je!

No comments:

Post a Comment