::HARI INI & MASA DEPAN::

::HARI INI & MASA DEPAN::

Sunday, November 14, 2010

BIGging?!


Apa itu BIGging?

BIGging adalah kesan langsung bagi mereka yang kerjanya makan sahaja tanpa ada kesedaran diri untuk JOGging.

Tanda-tanda kamu sedang membesar(aka menggemuk).
  • Pipi bulat kamu tersembul keluar bila kamu memakai tudung indon yang kamu dah jait siap-siap masa baru-baru beli dulu supaya muat-muat muka kamu je.
Nak pin tudung pun malas ke?Oo,dagu sensitif ek.Ok,noted.Dimaafkan.
  • Bila tiba rutin mencuci barang kemas, kamu mengalami kesukaran untuk mengeluarkan cincin dari jari kamu.
Tula,makan je keje.Jari pun nak gemuk skali!
  • Kamu rasa ada tekanan dipinggang dan ketidakselesaan di bawah ketiak bila mengenakan baju raya puasa lepas.
Ini memang tak boleh belah!Buat baju ngam-ngam tubuh je.
Lain kali buat besar sikit ok!Kata orang-orang tua berbasi-basi!
  • Labuh baju atas lutut kamu.Lengan baju pun senteng.
Kalau baju ni fesyen baju bhai tu,boleh oter jadi blouse.
Potong  je biar tinggal atas paha.Boleh pkai dengan seluar.
Lengan?Ape susah,pakai je armsock!Belambak la kat Mydin!
  • Kamu TERpaksa meminta tolong ibu kamu menetas jahitan pada pinggang seluar yang pernah kamu minta kawan kamu jahitkan suatu ketika dahulu.
Hey pempuan!Kamu ni memang tak ada usaha nak belajar menjahit ke?
  • Kaki seluar singkat.
Potong buat short!Bagi kat adik-adik ke pakai.
Kalau tak ada adik, susah-susah derma jela seluar ni kat orang-orang yang memerlukan.
  • Last but not least,kamu terserempak dengan kawan lama kamu yang dah bertahun-tahun tak jumpa tapi dia tak cam kamu.Dan responnya bila kamu memperkenalkan diri,’Eh,maaflah tak cam.Dah berisi ‘sikit’ ek.Dah lain.’

‘Sikit?’Ini memang sangat menghampakan. T_T
Sila JOGging!!

No comments:

Post a Comment